Keputusan EPL 15 April: Rooney bantu United kukuh di puncak liga

Wayne Rooney dirai rakan sepasukan selepas membantu Manchester United menang 4-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford, kelmarin. | foto Getty Images
WarkahDaily -- Kelibat Wayne Rooney kembali menunjukkan belang apabila menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya, Manchester United menang ke atas Aston Villa 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford kelmarin.
Rooney meletak Man United di hadapan seawal minit ke-7 perlawanan apabila menewaskan penjaga gol Shay Given melalui sepakan penalti.
Sebelum separuh masa pertama tamat, Danny Welbeck menambah gol buat tuan rumah pada minit ke-43.
Separuh masa kedua, Wayne Rooney sekali lagi membocori gawang pelawat pada minit ke-73 sebelum Nani terus meletak United selesa di depan 4-0 di masa kecederaan, minit ke-90+3.
Dengan kemenangan itu, menjadikan United semakin kukuh di puncak liga apabila kembali menjarakkan kutipan mata dengan pesaing terdekat, Manchester City yang turut memperolehi kemenangan besar sebelum ini ke atas Norwich 6-1 di Stadium Carrow Road.
Selepas mengharungi 34 perlawanan, United terus kekal di tangga teratas liga dengan kutipan 82 mata, manakala pencabar terdekat, City mengutip 77 mata. Berbeza 5 mata.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan EPL pada 14 dan 15 April 2012
KEPUTUSAN EPL 15 APRIL 2012 |
MANCHESTER UNITED | 4-0 | ASTON VILLA |
KEPUTUSAN EPL 14 APRIL 2012 |
NORWICH CITY | 1-6 | MANCHESTER CITY |
SUNDERLAND | 0-0 | WOLVERHAMPTON WANDERERS |
SWANSEA CITY | 3-0 | BLACKBURN ROVERS |
WEST BROMWICH | 1-0 | QPR |
--WARKAHDAILY
Post a Comment