Header Ads

Keputusan EPL 17 April: Wigan sekali lagi cemerlang, benam Arsenal 2-1


GOL PANTAS...Tidak sampai satu minit selepas gol pertama, Jordi Gómez (kanan) pantas meledak gol kedua Wigan bagi mengatasi Arsenal 2-1 di Stadium Emirates, awal pagi tadi. | foto Getty Images

WarkahDaily -- Selepas berjaya mengejutkan pendahulu Liga EPL Manchester United pada Khamis minggu lepas, Wigan Athletic sekali lagi menempa kejayaan manis apabila menewaskan pasukan tangga ketiga EPL, Arsenal 2-1 di gelanggang lawan, Stadium Emirates, London, awal pagi tadi.

Wigan hanya memerlukan dua minit untuk selesa di depan apabila seawal minit ke-7, Franco Di Santo berjaya meletak pasukan pelawat mendahului 1-0.

Tidak sampai seminit, Wigan menambah jaringan apabila Jordi Gómez menjaringkan gol kedua Wigan pada minit ke-8, menjadi keputusan Wigan 2, Arsenal 0.

Arsenal mendapat gol saguhati melalui Thomas Vermaelen pada minit ke-21.

Selepas mengharungi 34 perlawanan, Wigan kini menduduki tangga 16 dengan kutipan 34 mata. Manakala Arsenal terus kekal di tangga ketiga liga dengan 64 mata.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Piala FA dalam aksi pusingan kedua

KEPUTUSAN EPL 17 April 2012

ARSENAL
1-2
WIGAN ATHLETIC


--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.