Header Ads

Keputusan EPL: Newcastle kalahkan Stoke City 3-0, peluang cerah tiket ke Liga Juara-Juara



Newcastle mencerahkan peluang dalam merebut tiket automatik ke saingan berprestij Eropah Liga Juara-juara musim depan apabila mencipta kemenangan selesa ke atas Stoke City pada persaingan Liga Perdana Inggeris semalam.

Newcastle telah mendahului perlawanan dengan dua terjahan daripada pemain tengah, Yohan Cabaye dan penyerang dari Senegal, Papiss Cisse.

Sumbangan gol ketiga daripada Cabaye pada minit ke-57 melengkapkan kekalahan bagi pasukan Stoke City.

Sementara itu, Tottenham tewas mengejut 1-0 dalam perlawanan menentang pasukan Queen Park Ranger.

Kekalahan itu sekali gus menghancurkan impian Tottenham untuk terus kekal di tangga keempat apabila Newcastle berjaya memintas kelab itu untuk berada di kedudukan keempat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Sebelum perlawanan. Newcastle dan Tottenham masing-masing mengumpulkan 59 mata hasil 33 perlawanan. Newcastle berada di tangga kelima manakala Tottenham di tangga keempat ekoran perbezaan gol.

Kini Newcastle melonjak ke tangga keempat dengan kutipan 62 mata.

Berikut adalah keputusan perlawanan EPL yang berlangsung semalam.

Arsenal [0] - [0] Chelsea

Aston Villa [0] - [0] Sunderland

Blackburn [2] - [0] Norwich

Bolton [1] - [1] Swansea

Fulham [2] - [1] Wigan

Newcastle [3] - [0] Stoke City
Dikuasakan oleh Blogger.