Header Ads

Keputusan penuh Liga Super 7 April


WarkahDaily -- Keputusan mengejut di beberapa venue dalam aksi malam tadi. Terengganu antara pasukan yang menerima kejutan apabila teruk dibelasah tuan rumah, Selangor.

Terengganu yang berdepan dengan jadual yang padat apabila baru sahaja tamat aksi pusingan pertama kejohanan Piala AFC baru-baru ini terpaksa pula menempuh perlawanan Liga Super. Terengganu tewas 1-6 kepada Selangor malam tadi.

Manakala Kedah yang meningkat naik turut menjadi mangsa tuan rumah apabila turut kalah 0-2 kepada Felda United. Manakala pendahulu Liga Super terpaksa turun satu anak tangga selepas sekadar seri 1-1 dengan Sarawak.

Kedudukan pendahulu liga kini dimiliki pasukan Lions XII, wakil dari Singapura. Lions XII menang 1-0 ke atas Johor FC malam tadi.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super musim 2012 yang diadakan pada 5 dan 7 April.

KEPUTUSAN LIGA SUPER 7 APRIL 2012

SARAWAK
1-1
KELANTAN

FELDA UNITED
2-0
KEDAH

SELANGOR
6-1
TERENGGANU

JOHOR FC
0-1
LIONS XII

PERAK
2-1
KUALA LUMPUR

NEGERI SEMBILAN
2-2
SABAH


KEPUTUSAN LIGA SUPER 5 APRIL 2012

T-Team

1-4
PKNS


--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.