Header Ads

Lions XII semakin kukuh di persada Liga Super selepas benam Perak 2-1


Cengkaman Lions XII di puncak Liga Super semakin kukuh dengan 33 mata selepas membenam Perak 2-1 di Stadium Jalan Besar, semalam.

Pasukan Lions XII terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Perak pada perlawanan tunggal liga di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Kemenangan ke-10 yang diraih anak didik jurulatih V. Sundramoorthy selepas mengharungi 15 perlawanan itu membolehkan mereka terus mendahului carta liga dengan mengumpul 33 mata.

Pada perlawanan itu, pasukan tuan rumah terpaksa menunggu pada minit ke-42 untuk membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Shahdan Sulaiman.

Bersambung babak kedua, pasukan Perak yang dibimbing bekas ketua jurulatih kebangsaan Norizan Bakar kembali mengatur strategi permainan, dan hasilnya, mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi pemain import dari Slovakia, Michal Kubala.

Irwan Shah, bagaimanapun, memastikan kemenangan mutlak menjadi milik tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-89.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.