Header Ads

Oi Umno dan Perkasa! Lim Guan Eng semakin kurang ajar, bila nak demontrasi

WarkahDaily -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sentiasa dituduh dan difitnah konon beliau begitu anti dengan Melayu dan Islam di negeri itu.

Tuduhan berkenaan dilemparkan oleh segelintir Melayu (Mamak lagak Melayu) sambil disiarkan oleh akhbar dan televisyen yang sudah tentu mencari point untuk menyerang negeri pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).

Kerana dendam dan dengki, demonstrasi yang dulu dituduh jadi amalan pengikut PR, kini dah jadi darah daging Melayu Umno.

Selain daripada cuba menarik kembali sokongan pengundi menjelang PRU-13, ada segelintir kontraktor jelmaan yang bertaraf ‘Bumiputera Umno’ tidak lagi dihadiahkan projek, kantong dah kering, maka mulalah mencari masalah dan menuduh sana-sini konon DAP dah mula anti Melayu.

Yang sebenarnya, Melayu Umno sahaja yang terpinggir, tambah-tambah Umno yang bertaraf ‘Mamak’ yang lebih Melayu dari Melayu.

Namun, Melayu tulen dilihat lebih terbela dan banyak bantuan yang disalurkan melalui kerajaan PR Pulau Pinang. Zaman Umno dengan Gerakan memerintah dulu, di mana kedudukan Melayu?

Versi provok – facebook page Ada-apa-dengan-Buku-Jingga

Lagi kerja gila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memalukan Melayu Umno dan Perkasa Pulau Pinang. Satu lagi ancaman kepada Islam di Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno “Melayu” dan gerombolannya wajib menentang satu lagi kerja gila yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng. Jikalau perlu Perkasa dan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang ini perlu menggerakkan keseluruhan Melayu Umno Pulau Pinang mengadakan demostrasi bagi membantah tindakan terbaru Ketua Menteri yang ternyata “anti Islam” ini.

Tergamaka sungguh Guan Eng menggantikan bangunan dua tingkat yang selama pemerintahan BN dan Gerakan digunakan sebagai Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rayuan.

Sebaliknya Lim Guan Eng telah menggunakan kapasitinya sebagai Ketua Menteri untuk memberi sebidang tanah milik kerajaan negeri yang bernilai RM73 juta untuk dibina sebuah Kompleks Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat bernilai RM36 juta di Jalan Scotland.

Dan yang lebih menyedikan lagi, tender pembinaan kompleks mahkamah ini diberikan kepada syarikat Bumiputera Melayu tulen (bukan Mamak) iaitu Ihsara Sdn. Bhd. Yang tiada kena mengena dengan Umno.

Versi berita asal – Selangorku.com

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan tapak projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri di Jalan Batu Gantung/ Jalan Scotland Daerah Timur Laut dan dijangka siap pada tahun 2014 nanti.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri juga memberikan tanah seluas 3.5 ekar yang dianggarkan bernilai RM73 juta untuk tujuan pembinaan tersebut.

“Sewaktu dinilai pada 2010, tanah tersebut berharga RM 240 kaki persegi menjadikannya bernilai RM 36.5 juta pada masa itu.

“Jadi kita anggarkan kini ia bernilai sekali ganda daripada jumlah nilai semasa dua tahun lepas,” jelas Guan Eng sambil menambah tapak tanah diserahkan secara rasmi pada 5 Januari lalu.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan perjalanan dan perkembangan projek berkenaan yang memperlihatkan komitmen konsisten daripada Kerajaan Pakatan.

“Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada YDP Pulau Pinang, (Tuan Yang Terutama) Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas, Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri 1) dan YB Malik Abu Kassim (Exco Agama).

“Ini kerana usaha mereka berjaya mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM 36 juta bagi membiayai kos pembinaan kompleks tersebut,” sambung Guan Eng.

Kompleks berkenaan mengandungi tujuh tingkat dan meliputi antaranya kemudahan seperti seunit Dewan Bicara Mahkamah Rendah, dua unit Dewan Bicara Mahkamah Tinggi, Kamar Hakim, Bilik Chamber, Bilik Saksi, Bilik Tahanan, Balai Polis dan Perpustakaan.
Dikuasakan oleh Blogger.