Header Ads

Panas! Anak Harussani bersama PAS


Anak kepada Mufti Perak (tengah, berbaju coklat, berketayap) ketika bersama YB Salehudin Ayub dalam satu majlis ceramah PAS di Taman Soon Choon Ipoh. | foto Ajijoi

WarkahDaily -- Menggemparkan apabila anak kepada seorang mufti terkenal tanahair dilihat bersama-sama pemimpin PAS-PR dalam sebuah majlis.

Walaupun bapanya, Tan Sri Harussani Zakaria dilihat banyak mengeluarkan kenyataan 'bias' kepada Umno yang mengangkat perjuangan Melayu mengatasi perjuangan memartabatkan agama Islam, namun ianya tidak menghalang anaknya itu untuk bersama PAS-PR.


Anak Harussani (tengah) di pentas ceramah PAS. | foto Perakitedaily

Menurut Karat Ijau yang dipetik dari Harakahdaily berkata, peribahasa "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi", yang bermaksud.."macam mana bapa macam itulah anak", tidak lagi boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Anak Harussani itu dilaporkan berada sebaris dengan pimpinan PAS-PR di pentas majlis ceramah anjuran parti itu yang disertai oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Taman Soon Choon, Ipoh, Perak.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.