Header Ads

Parti ajaran sesat: Pemuda PAS mahu bermuzakarah, Ahmad Said bersedia?

WarkahDaily -- Orang pertama yang perlu tonjol keberanian sahut cabaran Pemuda PAS untuk bermuzakarah berkaitan propaganda " PAS: parti ajaran sesat" yang cuba dimainkan MB Terengganu ialah Datuk Seri Ahmad Said sendiri. MB yang lagak samseng itu perlu berani menyahut cabaran berkenaan agar niatnya untuk memburukkan PAS tidak dipandang sepi oleh masyarakat.


Bersedia ke Ahmad Said untuk bermuzakarah?
Setakat duk 'mengaum' sorang-sorang tiada makna pun. Tidak lari sekadar apa yang dilontarkan sekadar fitnah murahan untuk menarik perhatian dan sokongan murahan menjelang pilihanraya umum, lebih-lebih lagi dilihat Ahmad Said dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi empuknya sebagai MB kontroversi di negeri kaya dengan hasil minyak tapi rakyatnya antara yang miskin.

Dipetik dari Harakahdaily, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersedia untuk menerima cabaran mana-mana pihak dari Umno untuk bermuzakarah dalam isu PAS: parti ajaran sesat yang sedang dipropagandakan oleh Umno Terengganu.

Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, Umno sengaja menciptakan propaganda itu dan ia tidak perlu diperdebatkan sebaliknya perlu bermuzakarah.

"Kita tidak mahu cabar Umno berdebat dalam isu ini kerana tidak 'padan' sebab Umno sengaja cipta isu ini," katanya kepada media petang kelmarin.

Malah katanya, pada tahun 1984 sudah timbul isu kafir mengkafir waktu itu PAS anjurkan muzakarah dengan Umno akhirnya dibatalkan kerana Umno tidak mahu bersemuka dengan PAS.


Nasruddin sedia bermuzakarah dengan Umno.
"Kita cabar Umno kali ini, kalau berani kita bermuzakarah apa yang mereka bangkitkan, melalui ini kita tahu siapa yang sesat sebenarnya," kata beliau.

Malah katanya, DPPM akan mengadakan 'road show' seluruh negara untuk menangkis tohmahan jahat Umno BN yang cuba memburuk-burukan PAS.

"Umno sepatutnya sedar propaganda yang sengaja diciptanya itu telah memakan diri mereka sendiri apabila, rata-rata rakyat negeri itu mula menyampah dengan politik kotor Umno ," katanya.

Katanya PAS juga boleh menjawab segala tohmahan tersebut dengan platform ilmiah melalui penerbitan buku 'Siapa Yang Sesat?' yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara.

Beliau menjelaskan program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".
Dikuasakan oleh Blogger.