Header Ads

PAS cabar Ahmad Said sumpah laknat jika berterusan tuduh parti itu sesat


Datuk Abu Bakar Chik
WarkahDaily -- Berani ke MB kontroversi Terengganu menyahut cabaran PAS untuk sumpah laknat? Penulis WarkahDaily (WD) fikir, sudah tentu MB itu akan berdolak dalih dengan macam-macam alasan. Dengan kata lain, pengecut la tu!

Namun, penulis WD berprasangka baik, sesuai dengan imej ‘samseng’ yang pernah dikaitkan terhadap beliau sedikit masa dulu kerana cuba mengajak Adun PAS bertumbuk ketika persidangan DUN Terengganu, Ahmad perlu menyahut cabaran PAS untuk sumpah laknat jika apa yang dituduh terhadap PAS itu betul-betul ada integriti.

Tuduh tanpa pembuktian kukuh dan takut untuk berdepan dengan PAS bagi penjelasan fitnahnya itu, jelas sekali watak ‘samseng’ yang dipegang selama ini sekadar berani di kandang sendiri tapi pengecut untuk berdepan realiti.

Yang jelas, Umno-BN Terengganu di bawah pimpinan Ahmad sudah tidak keruan dan gagal mencari isu untuk berdepan secara ‘gentleman’ dengan PAS. Mereka dah mati kutu nak berhadapan PAS yang semakin diterima masyarakat negeri itu. Gelombang Hijau semakin menyerap di segenap negeri.

Laporan dari Sinar Harian menyebut, PAS Terengganu dijangka mendesak Ahmad melakukan sumpah laknat kerana melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat.

Perkara itu disebut oleh Datuk Abu Bakar Chik yang tidak menolak kemungkinan mendesak MB Terengganu itu melakukan sumpah laknat.

Kata beliau, sumpah laknat dalam bentuk ‘mubahalah’ itu perlu dilakukan jika benar semua pihak mahu memastikan kebenaran berhubung dakwaan tersebut.

“Ini adalah salah satu kemungkinan untuk mengajak Ahmad Said melakukan sumpah laknat. Kita tidak mahu benda ini (tuduhan bahawa Pas ajaran sesat) kerana benda ini berat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran Wacana ‘Pas: Parti Ajaran Sesat’ anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu, Khamis lalu.


Datuk Seri Ahmad Said
Dalam satu kenyataan semalam, Ahmad berkata pihaknya akan memperluaskan isu terbaru ini kerana seluruh negara termasuk satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Abu Bakar yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat tidak menolak bahawa kemungkinan tersebut tidak berlaku kerana mubahalah adalah sesuatu yang berat dan bukannya sumpah laknat sebagaimana dilakukan Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap majikannya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Mengulas lanjut, pihaknya tidak mahu memanjangkan isu itu dari sisi politik kerana menganggap isu sesat adalah perkara yang tidak boleh dibuat main-main kerana boleh berbalik semula kepada diri sendiri.

“Itu sebab kita tidak mahu ambil isu itu,” katanya dengan mengakui isu tersebut akan dibawa dalam bentuk dakwah, di samping menerima perbincangan dengan mana-mana pihak dalam bentuk muzakarah.

Dalam kenyataannya, Menteri Besar Terengganu juga berkata, Pas yang patut bersumpah terlebih dahulu.

“Kenapa saya pula kena sumpah laknat? Mereka (Pas) yang sepatutnya sumpah dahulu. Setahu saya, sumpah laknat ini (dilakukan) jika kita buat sesuatu tetapi kita tidak mengaku,” tegas Ahmad.

Ahmad yang dilihat berang dengan situasi itu berkata, Pas sepatutnya membuat sumpah laknat terlebih dahulu dan bukannya Umno.

“Tunggu dia buatlah, dulu (mereka) nak berdebat, (sekarang) kita ada orang yang dia nak berdebat. Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula.

“Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun,” katanya.

Kenyataan Ahmad itu jelas menunjukkan kejahilannya tentang kefahaman agama berkaitan isu sumpah. Macamanalah penasihat agama MB ini sampai tidak reti berkaitan isu ini.

Sumpah sepatutnya dilakukan bagi orang menuduh bukan yang kena tuduh. Itu peringkat pertama.

Seperti contoh, si suami yang membuat tuduhan terhadap isterinya telah melakukan zina, si suami perlu melakukan sumpah, bukan si isteri yang kena tuduh.

Belajar dulu pasal agama barulah bercakap, nanti orang tahu kita jahil agama. Hang tu MB!!
Dikuasakan oleh Blogger.