Header Ads

PAS junjung kasih kepada YDP Agong baru

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Hari ini (semalam) ialah hari pertabalan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14.

PAS syukur, menjunjung kasih dan tahniah ke bawah DYMM Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali keduanya setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

PAS berharap ke bawah DYMM Tuanku dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa di atas singgahsana memerintah negara.

Semoga Allah memelihara ke bawah DYMM Tuanku sebagai payung negara, penyatu rakyat Malaysia dan pemelihara agama Islam sepanjang pemerintahan Tuanku.

PAS juga mendoakan ke bawah DYMM Tuanku kekal memerintah dengan penuh keadilan dan saksama dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

PAS akan sentiasa menyokong dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku.

Akhirnya, PAS mendoakan kesejahteraan ke bawah DYMM Tuanku dan DYMM Raja Permaisuri Agong terus berkekalan.


Ketua Penerangan PAS Pusat
11 April 2012
Dikuasakan oleh Blogger.