Header Ads

Pasukan Selangor kembali beraksi di Stadium Shah Alam


Hamidin (kanan) dan Irfan Bakti (kiri) ketika meninjau padang di Stadium Shah Alam semalam. | foto Kosmo!

Selangor mampu menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok tiga teratas. Demikian tegas pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim semalam.

“Itu sasaran paling realistik buat ketika ini,” katanya penuh yakihttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2586697549792841116n.

Irfan memberitahu bahawa skuad Gergasi Merah kini mendapat semangat baharu apabila kembali beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Shah Alam selepas ia ditutup selama empat bulan untuk kerja-kerja membaik pulih.

Jelasnya, Selangor yang masih segar dengan kejayaan menumbangkan naib juara Liga Super musim lalu, Terengganu 6-1, menjadikannya sebagai inspirasi apabila berdepan Johor FC, Sabtu ini.

Katanya, apabila kembali beraksi di gelanggang keramat, dia berharap moral pemain-pemain Selangor berada dalam keadaan yang lebih baik sebagai usaha untuk memburu kelompok tiga teratas liga.

“Apabila kembali beraksi di gelanggang sendiri, sedikit sebanyak ia dapat meningkatkan moral pemain untuk terus beraksi cemerlang sekali gus dapat merealisasikan sasaran untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan ketiga.

“Saya berharap kami dapat meneruskan konsistensi ketika menentang Johor FC di Stadium Shah Alam selepas kejayaan membelasah Terengganu pada Sabtu lalu.

“Untuk itu, saya mahu semua pemain tampil lebih bersemangat untuk mengutip tiga mata penuh dalam baki perlawanan musim ini terutamanya ketika beraksi di Shah Alam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Shah Alam, petang semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan Stadium Shah Alam kembali menjadi gelanggang utama pasukan Selangor selepas proses penambahbaikan berjumlah RM3.4 juta sejak Disember lalu sudah siap sepenuhnya.

Hamidin memberitahu lampu limpah di stadium berkenaan juga sudah mencapai standard piawaian yang ditetapkan iaitu 1,200 lux.

“Terima kasih kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (Presiden FAS) kerana meluluskan dana untuk membaiki fasiliti stadium dan sebahagian besar daripada kerja-kerja membaik pulih membabitkan proses menggantikan rumput baharu.

“Lampu stadium juga berada di tahap yang terbaik apabila kecerahannya mencecah lebih 1,200 lux di sembilan penjuru yang sudah diuji dan ia akan digunakan pada aksi menentang Johor FC, 17 April ini.

“Selain itu, kami juga mempertingkatkan tahap keselesaan tandas, bilik persalinan pemain, satu terowong dibina serta kemudahan bilik doping dipertingkatkan berbanding dahulu.

Sumber: Kosmo.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.