Header Ads

Pendidikan percuma: Laporan Wikipedia bercanggah dengan kenyataan Najib, sah kaki bohong 1Malaysia

Berkatalah pemangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baru melantik dirinya sendiri memegang jawatan tersebut iaitu Najib Tun Razak ketika merasmikan program Jelajah Janji Dikota (JJD) peringkat kebangsaan yang bermula di Stadium Batu Pahat, semalam..

“Kalau PTPTN nak dihapuskan, ia menelan kos RM43 bilion. Hanya tiga negara di dunia yang tanggung sepenuhnya pengajian di universiti termasuk Norway tetapi mengenakan cukai pendapatan yang tinggi.

“Adakah kita sebagai pembayar cukai sedia dikenakan cukai pendapatan yang tinggi semata-mata mahu menghapus kira PTPTN. Tentu ini tidak adil sama sekali kerana akan membebankan rakyat,” kata Najib.

Apa yang pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat cuba sampaikan disini ialah rakyat yang membayar cukai akan terbeban dengan langkah pemansuhan PTPTN yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu..

Ini kerana menurutnya Norway mengenakan cukai yang tinggi untuk menyediakan pendidikan percuma untuk rakyatnya..

Bagi aku yang membayar cukai (tahun ni teragak-agak samada nak declare atau tidak.. sebab aku nampak banyak yang dah disapu oleh pemimpin-pemimpin UMNO).. membayar cukai pendapatan yang tinggi demi kebaikan anak bangsa Malaysia bukanlah satu perkara yang menyakitkan hati..

Jika Najib kata hanya tiga negara di dunia ini yang menanggung sepenuhnya pengajian di universiti beliau sekali lagi cuba memperbodohkan rakyat Malaysia atau dalam lain ayat beliau menipu 1Malaysia..

Ini kerana dari apa yang tercatat dalam Wikipedia bukanlah hanya tiga Negara tetapi lebih dari 20 buah Negara yang menyediakan system pendidikan percuma buat rakyatnya ini termasuklah Kenya dan juga Sri Lanka. Baca laporan Wikipedia.

Dipetik dari: Anak Sungai Derhaka
Dikuasakan oleh Blogger.