Header Ads

Piala AFC: Terengganu menang 1-0 ke atas Tampines Rovers FC


Joseph Kalang Tie (kanan) berjaya menewaskan penjaga gol Tampines Rovers, Sasa Drevin untuk jaringan kemenangan Terengganu dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan F Kejohanan bola sepak Piala AFC di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.
WarkahDaily -- Terengganu kembali dengan rentak kemenangan selepas tewas 2-0 kepada juara Liga Hong Kong, Kitchee FC dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pada 20 Mac lalu.

Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan F kejohanan Piala AFC semalam, Terengganu menang 1-0 ke atas juara Liga Singapura, Tampines Rovers FC di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Gol kemenangan Terengganu dihasilkan oleh Joseph Kalang Tie di awal sepak mula iaitu pada minit ke-4.

Walaupun bermain di padang rumput tiruan, namun pengalaman anak-anak buah Mat Zan telah meletakkan wakil dari Malaysia itu berjaya mempertahankan jaringan tipis mereka sehingga akhir perlawanan.

Terengganu kini menduduki tangga kedua peringkat kumpulan dengan kutipan 6 mata hasil dua kemenangan. Pendahulu kumpulan, Kitchee FC berjaya mengutip 9 mata hasil daripada kemenangan ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan, Terengganu sekali lagi akan bertemu Tampines Rovers FC di laman sendiri, Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu pada 10 April.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.