Header Ads

Piala FA: Terengganu tewas mengejut kepada Sime Darby di laman sendiri


Pemain Terengganu Abd Shukor (kiri) dikawal oleh pemain Sime Darby Kamarul Afiq dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. | foto NST

Bekas juara 2000 dan 2011, Terengganu telah dikejutkan di gelanggang sendiri apabila kalah 1-2 kepada pasukan kelab Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sime Darby membuka tirai jaringan menerusi penyerang importnya dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh, hasil gerakan solo pada minit ke-52 untuk menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Penyerang import Kelantan juga dari Liberia, Francis Forkey Doe bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-65 selepas menerima umpanan cantik daripada Joseph Kalang Tie.

Harapan skuad Penyu untuk sekurang-sekurangnya mencatatkan keputusan seri berkecai apabila pemain tengah Mohammad Syukur Saidin menjaringkan gol kemenangan untuk Sime Darby pada masa kecederaan.

Pada perlawanan timbal balik separuh akhir pada 1 Mei ini, Terengganu pula ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.