Header Ads

Rakyat perlu tahu, penyelewengan balak di Kedah berakhir apabila Umno tewas pada 2008


Patutlah pemimpin Umno-BN boleh jadi kaya-raya ketika jadi kerajaan.

WarkahDaily – Di mana hebatnya kerajaan Umno-BN. Nak kata tiada orang lain yang boleh memerintah, tak boleh nak dibandingkan kerana sejak turun temurun, hanya Umno-BN aje yang memerintah. Tapi keadaan ekonomi negara merudum semacam, keadaan sosial masyarakat semakin teruk, taraf ekonomi rakyat tak dapat dipulih, hidup rakyat miskin semakin tersempit. Yang berjaya hanyalah kroni-kroni pemimpin Umno-BN yang dihadiahkan pelbagai projek yang diagihkan sesuka hati.

Wang rakyat masuk poket pemimpin

Sejak bila duit negara menjadi hak milik pemimpin atau parti Umno-BN? Tapi di negara ini, kerana ianya diperintah oleh Umno-BN, segala khazanah dan bentuk kekayaan negara, ianya begitu mudah diagih sesama kerabat terdekat pemimpin.

Sebuah negeri yang diperintah Umno seperti di Kedah, hasil balak yang diperolehi sekitar RM7 atau RM8 juta sahaja. Sedangkan ketika pemerintahan Umno-BN itu, balak masih lagi banyak, bahkan usia balak yang menjangkau usia ratusan tahun dan saiznya besar begitu banyak. Jika difikirkan logik, kerajaan Kedah pada ketika itu sepatutnya dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Tapi kerana Kedah dipimpin Umno-BN, keuntungan sepatutnya tidak diperolehi.

Kejayaan PAS-PR sebagai kerajaan

Tapi cuba bayangkan, selepas tahun 2008, apabila Umno-BN tewas di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS pula mengambil tempat, hasil balak meningkat berlipat kali ganda. Padahal hutan balak kebanyakannya sudah ditebang ketika zaman Umno-BN. Sekarang sudah tidak ada istilah hutan dara tetapi semua hutan sudah di tebang di zaman Umno-BN.

Tapi bagaimana kerajaan pimpinan PAS boleh mencapai hasil yang membanggakan? Ketika baru sahaja mengambil alih kerajaan pada tahun 2008, kerajaan PAS Kedah berjaya memperolehi hasil balak sebanyak RM 35 juta. Hapir 205 peratus meningkat berbanding ketika Umno-BN memerintah. Keuntungan itu bukan terhenti di situ sahaja, bahkan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2009, hasilnya RM 39 juta , tahun 2010 RM 50 juta dan pada tahun tahun 2011, hasil yang diperolehi menjangkau RM 80 juta.

Ajaib bukan…Tapi itulah realitinya. Berlipat kali ganda bezanya dengan apa yang diperolehi ketika Kedah di bawah pemerintahan Umno-BN.

Jika dibandingkan pendapatan balak ketika pemerintahan PAS-PR dengan Umno-BN, jelas begitu ketara perbezaannya. Lebihan sehingga menjangkau RM80 juta yang hilang ntah ke mana ketika pemerintahan Umno-BN. Ianya bukan RM8 atau RM80 tapi RM80 JUTA. Kenyang jika dapat. Tapi kemana ianya dilesapkan? Itulah amalan Umno-BN selama ini semenjak merdeka.

Jadi sekarang, kepada yang masih lagi terkial-kial menjaja cerita karut konon PAS dan Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah agar tidak lagi berada di bawah tempurun dan tidak mudah ditipu oleh pemimpin Umno-BN yang semakin hari semakin terdesak selepas pelbagai kejayaan yang dapat dikecapi selama sepenggal pemerintahan PAS dan PR di Kedah, ketika ianya tidak pernah berlaku pada masa pemerintahan Umno-BN.

Elak jadikan penyamun sebagai pemimpin negara

Jadi sekarang, siapa yang pandai urus tadbir kerajaan dan wang rakyat dan siapa yang hanya pandai beretorik semata-mata dengan pembohongan nyata konon merekalah yang pandai memerintah. Padahal selama ini kita hanya ditipu oleh pemimpin Umno-BN.

Sekarang rakyat harus sedar, siapa yang layak memerintah negeri dan negara ini, PAS-PR atau Umno-BN? Rakyat perlu pandai menilai agar tidak tertipu lagi dengan retorik kosong pemimpin Umno-BN. Rakyat perlu berhati-hati agar tidak lagi melantik penyamun sebagai pemimpin untuk menjaga amanah di negara ini.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.