Header Ads

Rexy Mainaky letak jawatan berkuat kuasa akhir April ini

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky sah meletak jawatan sebagai jurulatih beregu wanita dan berkuat kuasa 30 April ini.

Peletakan jawatan bekas juara dunia beregu lelaki itu, mengejutkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika negara sedang bertungkus-lumus mempersiapkan barisan terbaik beregu wanita ke Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Rexy yang sudah tujuh tahun berkhidmat bersama BAM memutuskan menyahut cabaran baru sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Filipina dan berkuat kuasa 1 Mei ini dengan kontrak selama dua tahun. -Sinar Harian

WarkahDaily -- Sukan apa pun kat Malaysia ni, asyik jurulatih bertukar-tukar tapi permainan tak pernah meningkat pun.

Bukan badminton je, boleh katakan semua jenis sukan. Dilihat, yang banyak kena bertanggungjawab ialah jurulatih, tapi yang duk bahagian pengurusan, sampai ke sudah, duk kat situ juga. Tak pernah nak beralih angin, tukar pengurusan baru ke...tambah-tambah dalam bola sepak.
Dikuasakan oleh Blogger.