Header Ads

Seludup diesel subsidi RM1.4 juta guna kapal di Port Klang


NORZAID (kiri) bersama Othman (kanan) memeriksa kapal tangki yang ditahan kerana cuba menyeludup diesel bersubsidi di Pelabuhan Klang semalam. | foto Kosmo!
PELABUHAN KLANG: Cubaan satu sindiket untuk menyeludup hampir 500,000 liter minyak diesel subsidi bernilai RM1.4 juta dipercayai untuk dihantar ke Singapura berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin di Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di sini kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 3 petang itu, sembilan orang lelaki sedang sibuk melakukan kerja-kerja memindahkan minyak diesel dari sebuah lori tangki ke sebuah kapal tangki yang berlabuh di jeti tersebut melalui saluran paip.

Mereka yang terdiri daripada tujuh anak kapal warga Myanmar dan dua pemandu lori tempatan berusia antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan anggota daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi, Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, pemeriksaan mendapati 452,940 liter minyak diesel telah dipindah ke dalam tangki kapal terbabit.

Sumber: kosmo.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.