Header Ads

Semak gaji baru SSM 2012 secara online sekarang

WarkahDaily – Selepas pengumuman kerajaan berkaitan kenaikan gaji sehingga 13% baru-baru ini, kini penjawat awam boleh menyemak berapa jumlah gaji mereka yang diperolehi selepas kenaikan berkenaan.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan sistem baru SBPA yang belum sempat dilaksanakan walaupun ianya telah dikuatkuasakan pada Januari lepas. Namun ia kini telah diganti dengan sistem lama yang dikemaskini kembali, SSM 2012 [Baca sini].

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyediakan satu sistem semakan gaji baru bagi penjawat awam berdasarkan SSM 2012.

Kenaikan gaji baru itu dikuatkuasakan pada Januari 2012 dan semakan gaji baru perlu dibuat berdasarkan gaji terakhir pada Disember 2011 yang diterima penjawat awam.

Anda boleh klik di sini untuk tujuan semakan gaji baru dengan memasukkan gaji terakhir anda pada akhir Disember 2011 di ruangan yang disediakan kemudian paparan gaji baru berdasarkan SSM 2012 selepas berlaku kenaikan sehingga 13% akan diperlihatkan.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.