Header Ads

Sibuk dengan negeri orang, padahal negeri Umno dah 22 tahun alami krisis air

WarkahDaily – Galak kata kat Kelantan, masalah air tak bersih la dan macam-macam. Termasuk juga di Selangor, air tiada sehari dua, tapi dicanangnya seluruh dunia, Selangor sedang mengalami krisis air kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor beri air percuma kepada rakyat.

Tup..tup..rupanya dah 22 tahun dah masalah air di negeri pemerintahan kerajaan Umno-BN. Dilaporkan di kawasan Jengka 10, di negeri Pahang di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN, sudah mengalami masalah air semenjak tahun 1990-an lagi.

Kalau PR didakwa tak boleh urus air dengan betul, boleh tahan lagi sebab baru sepenggal memerintah negeri tapi Umno-BN yang memerintah negeri dan negara sejak merdeka (dah 54 tahun dah), ada lagi krisis air ni apa cerita bro? Amat jelas sekali, Umno-BN sudah tidak mampu lagi memerintah negara ini.

Nak kata kat orang, cermin diri sendiri dulu.

Menurut satu aduan seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Azman dalam portal Aduan Rakyat, masalah air yang menghantui penduduk Jengka 10 berlaku sejak tahun 1990-an lagi. Air selalu tiada kerana masalah tekanan rendah dan jauh dari sumbernya iaitu Loji Air Batu Sawar, Temerloh yang jauhnya hampir 50km.

“Di rumah saya sendiri ada 2 tangki air dan 6 kolah bagi menampung masalah ini bagi mengatasasi masalah air ini semasa adik beradik saya balik ke Jengka 10.

“Sebelum mereka balik ke Jengka 10, mereka akan telefon dahulu bagi mengatahui tentang air ada ke tidak. Jika tiada air, minggu depan lagi telefon lagi sebelum balik,” cerita Azman.

“Jika ada kenduri kendara lagi masalah ini bertambah teruk, pihak JBA Maran langsung tidak mengambil tindakan untuk menghantar bekalan air tambahan,” jelasnya lagi.

Azman mendakwa, pihak JBA Jerantut pernah memberi cadangan untuk memindahkan loji air ke kawasan loji Air Jengka 8, namun ianya ditentang keras oleh JBA Maran cadangan berkenaan.

Menurutnya lagi, pihak JBA Maran juga didakwa tidak memeriksa keadaan paip air yang banyak sudah pecah di Bandar Pusat Jengka iaitu di hadapan Maybank, Jengka.

Namun adu Azman lagi, pekerja pembaca meter air dilihat seolah-olah menutup sebelah mata berkaitan meter pecah ketika melakukan bacaan meter.

Yang paling menyedihkan, wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya dilihat tidak mempedulikan masalah yang berlaku di kawasannya itu.

“Wakil rakyat pun buat tidak tahu sahaja, bila semasa mengundi benjanji akan selesaikan dalam masa 1 minggu sahaja, namun sudah 8 tahun sama sahaja,” gertus Azman.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.