Header Ads

SPR akui ada 0.3% pengundi diragui tapi bersikap acuh tak acuh

WarkahDaily – Pengakuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkaitan 0.3% pengundi meragukan daripada 42,051 pengundi, membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap penyelewengan dalam daftar pemilih selama ini adalah benar.

Namun, SPR dilihat mengambil mudah tentang jumlah pengundi yang diragui itu, konon ia tidak memberi kesan kepada keputusan pilihanraya nanti.

Walaupun dilihat 0.3% adalah kecil tetapi pengundi yang diragui itu tetap meragukan dan satu undi itu boleh menyebabkan seseorang calon itu kalah atau menang. Apakah SPR mahu memberi laluan mudah kepada parti pemerintah, Umno-BN dalam Pilihanraya Umum (PRU) nanti.

Dipetik dari Malaysiakini, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) telah menyelar atas kenyataan SPR bahawa pengundi meragukan hanya 0.3% sahaja. Kenyataan itu seolah-olah SPR mengambil mudah dan acuh tak acuh.

Cukup untuk tumbangkan Selangor

Padahal menurut JK Pemandu BERSIH Wong Chin Huat, walaupun kecil jumlahnya namun ia cukup untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor.

Jelas Wong, berdasarkan keputusan PRU 2008, sebanyak 10,158 undi diperlukan BN untuk menawan sembilan kerusi yang dimenangi PR secara tipis dalam PRU nanti.

Jika keadaan itu berlaku, ia membolehkan BN menguasai 29 kerusi, berbanding PR dengan 27 kerusi di Selangor, terang Wong yang juga penganalisis politik.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan menang 36 kerusi, manakala BN memperoleh 20 kerusi.

Jadi, jika 0.3% pengundi meragukan itu dibiarkan berlaku oleh SPR dalam daftar pemilih, sudah tentu ia memberi kerja mudah buat Umno-BN merampas kembali Selangor dari PR.

Sudah tentu pengundi yang meragukan itu terdiri daripada mereka yang didakwa sebelum ini sebagai pengundi ‘hantu’ atau pengundi yang sudah meninggal, rakyat asing yang didaftarkan sebagai pengundi dan bermacam-macam jenis bentuk penipuan yang dilakukan termasuk memberi kerakyatan kepada warga asing demi mengekalkan kuasa politik kotor Umno-BN dalam PRU nanti.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.