Header Ads

SPR: PRU-13 akan menyaksikan persaingan sengit

Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana parti pemerintah BN sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.

"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka di Sibu, semalam sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.