[Video] Seorang lelaki membaca Al-Quran ketika tidak sedarkan diri di hospital selepas pembedahan

[Tonton sedutan video di bawah artikel]
Kejadian itu berlaku terhadap seorang lelaki muda yang berumur 35 tahun yang telah membaca Al-Quran dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas melakukan pembedahan di sebuah hospital di Jordan.
Perkara itu telah diceritakan oleh Dr Yusuf As-Samadi, iaitu doktor yang bertanggungjawab ke atas lelaki berkenaan bagi tujuan pembedahan.
Menurut Dr Yusuf, lelaki itu pernah menghafal 30 juzuk Al-Quran dan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Jordan.
Menurut doktor itu lagi, kejadian itu berlaku di Hospital Al-Bashir, Jordan selepas proses pembedahan dilakukan.
Di luar dugaan, selepas akhir proses pembedahan, lelaki berkenaan yang masih lagi di bawah pengaruh sedar (anestesia) dan tiada kesedaran sedikit pun, namun tiba-tiba kedengaran alunan bacaan Al-Quran dari lelaki berkenaan, cerita Dr Yusuf.
Keadaan ini menunjukkan bagaimana agong dan hebat mukjizat Al-Quran yang berkekalan sehingga hari kiamat.
Bagaimana Allah mahu hamba-Nya yang berada dalam keadaan sedar dan sihat supaya dapat memikir akan peristiwa berkenaan di samping sebagai tanda kebesaran-Nya dan wujud hikmah di sebalik Al-Quran yang menjadi panduan hidup seluruh manusia itu.
Sedutan video seorang lelaki sedang membaca Al-Quran ketika berada dalam keadaan tidak sedarkan diri
--WARKAHDAILY
Post a Comment