Header Ads

Bersih 3.0: Menteri Hishammuddin berbohong atau Ketua Polis Negara?


SIAPA BERBOHONG?...Sorang cakap ikut peraturan sorang cakap tak ikut peraturan.

WarkahDaily -- Nak bodohkan rakyat tapi terkantoi pulak. Dah sah, segala provokasi dan usaha pihak polis yang berlaku ganas terhadap peserta Bersih 3.0 telah mendapat restu kerajaan Umno-BN dan juga menteri dalam negeri.

Dipetik dari Tranungkite.net, jelas pihak polis bertindak secara tidak profesional merampas kamera para wartawan yang membuat liputan himpunan Bersih. Sudah tentu ianya bukan secara tidak dirancang oleh pihak tertentu bahkan ia mendapat restu pihak atas.

Gambar kiri menunjukkan kamera wartawan dirampas pihak polis yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin sebagai tindakan yang sah dan mengikut SOP.

Namun sebaliknya pula apa yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara bahawa tindakan merampas kamera wartawan adalah tidak mengikut SOP (tak sah).

Jadi bagaimana ada dua kenyataan berbeza yang boleh dipertikai. Yang pasti, melalui dua kenyataan ini dapat disimpulkan, pihak kerajaan Umno-BN melalui Hishammuddin bertindak merestui apa yang dilakukan pihak polis dalam himpunan Bersih 3.0 dan yang kedua, ada salah seorang antara Ketua Polis dengan Menteri, salah seorang pasti berbohong! melalui kenyataan berbeza itu.
Dikuasakan oleh Blogger.