CIMB ambil alih Bank of Commerce Filipina

CIMB Group menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat (SPA) dengan San Miguel Properties Inc, San Miguel Corporation Retirement Plan, dan pelbagai pemegang saham minorit lain bagi melaksanakan cadangan pengambilalihan itu.
Langkah itu akan meningkatkan rangkaian runcit CIMB kepada 1,239 cawangan penuh dan mengesahkan semula kedudukannya yang mempunyai cawangan terbesar di Asean.
BoC, satu entiti tidak tersenarai San Miguel Corporation, adalah bank komersial ke-16 terbesar di Filipina dengan 122 cawangan di seluruh negara itu.
"Sebagai bank sejagat Asean, peluasannya ke Filipina adalah sesuatu yang biasa.
"Saya yakin kami memasuki pasaran ini pada masa yang tepat, perjanjian yang tepat dan dengan rakan yang tepat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Tun Razak.
"Menerusi pengambilalihan itu, rangkaian runcit akan meningkat kepada 1,239 cawangan penuh, mengesahkan kelebihan kami berdasarkan kewujudkan cawangan paling besar di Asean," kata Nazir pada taklimat media.
Post a Comment