Header Ads

City benam United 1-0 kembali kuasai puncak liga


Pemain Manchester City, Joe Hart (dua dari kanan), Vincent Kompany
(kanan), Micah Richards dan Gael Clichy(kiri) meraikan kemenangan
selepas berjaya menumpaskan Manchester United 1-0 di akhir perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).


Manchester City menguasai kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengatasi pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) 1-0 dalam perlawanan yang menarik jutaan peminat dari seluruh dunia.

Dengan kemenangan ini, kedua-dua kelab menghimpunkan 83 mata, tetapi City berada di depan dengan perbezaan mata.

Jaringan pada waktu kecederaan di separuh masa pertama memberi kelebihan kepada City untuk memintas MU yang mendahului lawannya sejak lebih sebulan lalu.

Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan untuk disempurnakan dan dijangka juara akan ditentukan menerusi perbezaan mata, yang mana City ada kelebihan dalam soal ini.

Sememangnya kemenangan perlawanan yang diadakan awal pagi tadi (waktu Malaysia) amat diperlukan oleh City sedangkan MU hanya memerlukan keputusan seri untuk memenangi gelaran buat kali ke-20.

Dalam pada itu, Pengurus MU Sir Alex Ferguson mencetuskan kontroversi apabila menuduh Roberto Mancini cuba mempengaruhi pegawai perlawanan untuk mendapatkan kemenangan.

Ini berikutan apabila berlaku insiden perlanggaran Nigel De Jong terhadap Danny Welbeck yang membuatkan De Jong memperoleh kad kuning.

Dalam satu kenyataan di Sky Sport, Ferguson berkata, Mancini langsung tidak menunjukkan sebarang protes terhadap keputusan pengadil sebaliknya menerima dengan memberikan senyuman kepada pengadil, Mike Jones.

"Sebelum ini, beliau banyak protes terhadap keputusan pengadil namun perlawanan malam ini Mancini langsung tidak mengadu.

"Ini jelas sikap Mancini adalah untuk mempengaruhi pengadil pada perlawanan itu," kata Ferguson.

Pada perlawanan itu, Ferguson terpaksa akur apabila jaringan kapten Manchester City, Vincent Kompany.

Sumber: Sinarharian.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.