Header Ads

Keputusan penuh Liga Super 8 Mei 2012


WarkahDaily -- Empat perlawanan bola sepak Liga Super 2012 berlangsung semalam. Selangor dimalukan Negeri Sembilan 1-3 di laman sendiri.

Lions XII pula semakin kukuh di persada Liga Super apabila berjaya membenam Felda United 2-0. Kedah pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan T-Team di laman sendiri.

Johor FC pula berjaya mengejutkan PKNS dengan kemenangan tipis 3-2.

Berikut adalah keputusan terkini perlawanan Liga Super 2012 yang berlangsung awal malam tadi.

Selangor [1] vs [3] Negeri Sembilan

Felda United [0] vs [2] Lions XII

Kedah [1] vs [1] T-Team

Johor FC [3] vs [2] PKNS

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.