Header Ads

Piala Thomas 2012: Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark, Chong Wei tarik diri


Chong Wei terpaksa tarik diri ketika mendahului 2-1 pada set pertama akibat kecederaan pada pergelangan kaki, hari ini.
WarkahDaily -- Malaysia terpaksa akur dengan Denmark dalam aksi kumpulan C Badminton Piala Thomas 2012 dengan kekalahan 2-3 di Wuhan, China hari ini.

Mata pertama Denmark diperolehi melalui perseorangan pertamanya, Pete Hoeg Gade yang menang tanpa bertanding selepas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada pergelangan kaki kanannya ketika mengambil pukulan belakang Gade.

Percaturan Malaysia terencat apabila regu pertama negara yang Tan Boon Heong yang baru digandingkan dengan Hoon How Thien tewas kepada Carsten Mogensen dan Mathias Boe 17-21, 23-21, 11-21.

Ketika Malaysia ketinggalan 0-2, Liew Daren kembali memberi harapan buat pasukan negara namun satu lagi regu negara Koo Kien Keat yang digandingkan dengan pemain muda, Goh V Shem gagal memberi saingan kepada veteran Denmark, Jonas Rasmussen dan Joachin Fischer Nielsen apabila tewas 21-18, 21-15.

Selaku pelengkap perlawanan, Muhammad Hafiz Hashim memberi satu mata saguhati buat negara apabila menang ke atas Hans-Kristian Vittinghus 17-21 21-17 21-19.

Namun, keputusan itu tidak memberi apa-apa makna buat pasukan negara dan keadaan itu menyukarkan skuad Piala Thomas negara untuk layak ke separuh akhir kejohanan kali ini.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan hari ini [Selasa – 22 Mei 2012]

Lee Chong Wei (MAS)
2
-
-
Peter Hoeng Gade (DEN)
1
-
-
* Chong Wei tarik diri akibat cedera

Tan Boon Heong/ Hoon Thien How (MAS)
17
23
11
Carsten Mogensen/ Mathias Boe (DEN)
21
21
21

Daren Liew (MAS)
21
21
-
Jan O Jorgensen (DEN)
15
13
-

Koo Kien Keat/ Goh V Shem (MAS)
18
15
-
Jonas Rasmussen/ Joachim Fischer Mielsen (DEN)
21
21
-

Muhammad Hafiz Hashim (MAS)
17
21
21
Hans-Kristian Vittinghus (DEN)
21
17
19

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.