Header Ads

Shahidan: Dah rosak teruk baru nak serah jawatan?

WarkahDaily -- Dah rosak teruk baru nak beri orang yang sepatutnya. Itulah yang sesuai dilontarkan buat bekas MB Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (gambar) selepas diberitakan semalam mahu meletakkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) apabila reputasi pasukan bola sepak negeri itu begitu teruk tercalar selepas musim Liga Malaysia 2012 melabuhkan tirainya.

Walaupun tidak lagi memegang jawatan MB Perlis, Shahdidan berkeras mahu kekal sebagai presiden PFA sehingga musim lalu merudum dari Liga Super ke Liga Perdana sebelum terus jatuh ke Liga FAM (liga terbawah) selepas menyaksikan persembahan begitu teruk pada musim 2012.

Selain ramai pemain terlibat dengan rasuah, kini Shahidan dilihat mahu melepas tangan kepada pihak lain selepas gagal mengekalkan reputasi pasukan bolasepak dari utara itu.

Sebelum imej tercalar, peminat bolasepak negeri menuding jari kepadanya, beliau dilihat terus berdolak-dalih dan cuba menyelesaikannya dengan cara yang mudah. Bila dah rosak baru tahu tak mampu nak tanggung. Padahal sepatutnya beliau sudah mengetahui kemampuannya dalam mentadbir hal ehwal sukan termasuk bola sepak. Tak kan sekarang baru sedar tak mampu dengan bajet kewangan PFA? Masa jadi MB dulu, banyaklah beliau boleh dapat duit, tapi sekarang?

Kerana mahukan pengaruh, konon mahu mengekalkan rentak kuasa politiknya di negeri itu, bahkan mahu terus dilihat masih gah dan relevan di mata rakyat, tak pasal-pasal berminat dalam Kesatuan Olahraga Malaysia. Kini kesatuan berkenaan turut dilanda masalah.

Sinar Harian melaporkan semalam, Shahidan menyatakan hasrat untuk berundur daripada meneraju persatuan itu jika ada pihak lain yang berminat menggantikannya.

Beliau yang menawarkan jawatan itu kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, berkata PFA memerlukan peruntukan yang besar untuk kembali gah dalam saingan liga.

"Saya tahu beliau (Md Isa) tak minat bola sepak, tetapi beliau mempunyai sumber kewangan untuk meneraju sukan ini," katanya pada sidang media, di sini.

Shahidan berkata kekangan kewangan menyebabkan PFA gagal menyerlah dalam saingan Liga Perdana musim ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga FAM musim depan.

Katanya sejak meneraju PFA pada 1998, beliau berkorban dari segi kewangan demi memastikan skuad Singa Utara yang pernah menjulang Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 itu terus hidup.

Beliau turut mengaitkan kegagalan musim ini dengan penyelewengan segelintir pemain Perlis.

Pada masa yang Shahidan meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan garis panduan berkenaan gaji pemain, agar tidak timbul perbezaan ketara antara pemain pasukan 'kaya' dan 'miskin' sehingga menimbulkan kesan negatif kepada pemain itu sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.