Header Ads

Wakil rakyat Umno-BN sabotaj bendera PAS

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Rembau pada Selasa lepas (17 Julai 2012) terhadap seorang wakil rakyat Umno-BN Negeri Sembilan yang bergelar Dato’ Dr kerana bertindak menanggalkan bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri itu.


Report Polis terhadap Adun Umno-BN.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 di sebuah jalan utama. Menurut pengadu, beliau melihat YB Umno-BN Adun Kota Rembau bersama-sama Ketua Kampung kawasan itu bertindak melakukan sabotaj terhadap bendera PAS yang dipasang di sekitar jalan berkenaan.

Walaupun pengadu telah pun menegur perbuatan bacul Adun Umno-BN itu, namun ianya tidak dihiraukan bahkan turut mencabar pengadu membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan perbuatan bodoh itu.


Susulan itu, pihak polis telah pun mengeluarkan surat akuan menerima laporan dan ianya disiasat di bawah Seksyen 427.
Dikuasakan oleh Blogger.