Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang selepas 'janji ditepati' dilaungkan

Seolah-olah ada kewujudan satu kumpulan 'pengganas berlesen' bagi menyekat kemaraan parti lawan dalam mempertahankan kuasa tembolok pemerintah.
Satu kejadian yang tidak boleh diterima oleh rakyat yang hidup di zaman langit terbuka dengan pelbagai maklumat yang sah, apabila ada individu tertentu yang tidak bertanggungjawab telah bertindak di luar kewarasan manusia bertamadun dengan memecahkan cermin sebuah bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' termasuk membaling cat merah yang menunjukkan ketidakpuasan hati pihak tertentu di atas sambutan program yang dianjurkan parti dari Pakatan Rakyat (PR).
Kejadian itu berlaku berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu kira-kira 4.30 pagi.
Kerana melihat program 'Jelajah Merdeka Rakyat' mendapat sambutan menggalakkan dan luar biasa termasuk di Bentong,Benta,Gua Musang,Kuala Krai,Machang dan Tanah Merah, ada pihak tertentu cuba menyekat usaha itu dengan mengupah 'pengganas' untuk merosakkan bas yang digunakan dalam siri jelajah berkenaan.
Kejadian itu berlaku selepas sehari rakyat Malaysia menyambut hari Merdeka dengan bermoto 'Janji Ditepati'.
Mana janji keamanan?
--WARKAHDAILY
Post a Comment