Header Ads

Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam Masjid di Setiu

Gambar Hiasan
Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah Masjid di Kampung Saujana, Setiu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada pukul 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh.

"Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna oren dan apabila didekati mereka mendapati objek itu ialah bayi perempuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan kesan darah yang terdapat pada bayi itu, polis percaya bayi seberat 3.4 kilogram itu baru dilahirkan.

Bayi itu dihantar ke Hospital Setiu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan klinik atau hospital yang menerima pesakit baru lepas bersalin supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.