Archive Pages Design$type=blogging

tabsrecent/EPL,Liga M,La Liga

Indonesia buka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah Rais Yatim?

Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah ole...

Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu.

“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.
Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.

“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.

Sumber: Tranungkite.net

COMMENTS

Nama

AFC Cup AFF-Cup agama automotif badminton bersih bola sepak dunia ekonomi EPL extra feature gadgets gambar hiburan highlight La Liga lain-lain Liga Juara-Juara Liga M LTdL Motorspot muktamar NahasMH17 Nasional opinion PialaDunia PialaMalaysia politik PRK prn-sarawak rencana santai SEA Games sihat sukan teknologi thomas uber cup umum wilayah
false
ltr
item
The Malaysian View - Latest News: Indonesia buka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah Rais Yatim?
Indonesia buka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah Rais Yatim?
http://2.bp.blogspot.com/-VvbnW-t82g0/UK8Uwx0Mz2I/AAAAAAAAAHs/lmySVuIxx28/s320/fariz-kedutaan-indonesia.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-VvbnW-t82g0/UK8Uwx0Mz2I/AAAAAAAAAHs/lmySVuIxx28/s72-c/fariz-kedutaan-indonesia.jpg
The Malaysian View - Latest News
http://www.themalaysianview.com/2012/11/indonesia-buka-siasatan-kes-pemerkosaan.html
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/2012/11/indonesia-buka-siasatan-kes-pemerkosaan.html
true
2586697549792841116
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago