Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.

“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia masuk, jangan benarkan,” katanya tanpa menyebut Pemuda Umno pada forum ‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’, Khamis lepas.

Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.

Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian.

“Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum berlaku, cegah dulu,” katanya.

“Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan.

“Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam,” katanya.

Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya.

“Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan,” katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.

Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau.

Sumber: keadilandaily.com

Catat Ulasan

ed Dani

{picture#https://4.bp.blogspot.com/-D8-3IKRI8w8/VlPBfZpFeOI/AAAAAAAAAj4/GPr1mkFwfxU/s113/editor-tmv.png} Author The Malaysian View - Latest News PERINGATAN The Malaysian View tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen melalui laman sosial di laman ini. Ia sekadar pendapat peribadi pemilik akaun. Segala risiko daripada komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. {facebook#http://facebook.com} {twitter#http://twitter.com} {google#http://google.com} {pinterest#http://pinterest.com} {youtube#http://youtube.com}

The Malaysian View

{picture#http://3.bp.blogspot.com/-l9vDcyDGJZ0/VkxIZ1_exLI/AAAAAAAAAD4/lnz4bOQpTx4/s320/tmv-logo.png} Author The Malaysian View - Latest News PERINGATAN The Malaysian View tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen melalui laman sosial di laman ini. Ia sekadar pendapat peribadi pemilik akaun. Segala risiko daripada komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. {facebook#http://facebook.com} {twitter#http://twitter.com} {google#http://google.com} {pinterest#http://pinterest.com} {youtube#http://youtube.com}

KopiO

{picture#http://1.bp.blogspot.com/-phzRDQjqWAQ/VefojXTqDHI/AAAAAAAAQEw/vcsiP186QV4/s1600/wd-logo.jpg} Editor The Malaysian View - Latest News PERINGATAN The Malaysian View tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen melalui laman sosial di laman ini. Ia sekadar pendapat peribadi pemilik akaun. Segala risiko daripada komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. {facebook#http://facebook.com} {twitter#http://twitter.com} {google#http://google.com} {pinterest#http://pinterest.com} {youtube#http://youtube.com}
Dikuasakan oleh Blogger.