Header Ads

RTM pelawa PR bentang manifesto selama 10 minit secara rakaman: RTM bebas ke bodoh?

Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?

Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah. Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99% samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.

Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Barack Obama dengan Matt Romney. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?

SAMA RATA: Debat presiden antara Barack Obama (kanan) dengan Matt Romney
Begitu juga, suasana sebenar semasa berlangsungnya Pilihanraya di Britain. Jikalau kita meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju dan moden pada tahun 2020, pemikiran kita berpolitik juga haruslah berada pada paras yang sepatutnya.

Debat pilihanraya di Britain
Mungkin Berita Semasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Britain & Amerika yang dikategorikan sebagai negara yang bebas daripada sudut kebebasan medianya.

Jadi, kami cuba melihat negara Kenya pula. Kenya? Ya…sebuah negara yang agak mundur di benua Afrika jikalau dibandingkan dengan Malaysia. Bezanya, mereka berani mengadakan debat antara calon Presiden semasa berlangsungnya Pilihanraya di Kenya yang disiarkan secara langsung. Bagaimana pula dengan Malaysia yang terkenal dengan sistem demokrasi raja berperlembagaan?



Jikalau mahu jadi pemimpin politik buat sekadar tahu buat kerja tetapi seorang pemimpin politik perlu berdepan samada dengan rakyat mahupun pihak lawan. Contohnya jikalau di Malaysia, pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat.

Sakit kepala kami meneliti satu-persatu ranking kekebebasan media 2012 dikalangan negara-negara yang tersenarai :

Melihatkan senarai teras bagi negara yang begitu bebas melalui media mereka, Malaysia tidak tersenarai

Melihatkan senarai di pertengahan ranking bagi negara yang mengamalkan kebebasan media yang agak seimbang, Malaysia juga tidak tersenarai

Akhirnya melihatkan di kedudukan di bawah, Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang tidak bebas dalam kebebasan media bersama-sama dengan senarai di bawah ini…

Sumber : Ranking Global & Regional Press Freedom 2012

Terbaru, Menteri Penerangan (Datuk Seri Rais Yatim) membuka peluang kepada Pakatan Rakyat utnuk membentangkan manifesto mereka. Walaubagaimanapun, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh pimpinan Pakatan Rakyat atas 3 sebab di bawah ini :

Masa yang diberikan terlalu pendek & tidak munasabah. Pakatan Rakyat mahukan ruang & hak untuk menjawab dan memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia di TV bukan semasa Pilihanraya Umum ke 13 semata tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV

Pembentangan manifesto Pakatan Rakyat mesti dibuat secara siaran langsung bukannya rakaman seperti yang diberikan sekarang ini

Pakatan Rakyat merasakan ini bukan cara untuk memberikan justifikasi bahawa kerajaan sudah menyediakan akses yang sama kepada Pakatan Rakyat

Apa pandangan anda pula dengan dasar kerajaan yang terbaru dengan membuka ruang kepada Pakatan Rakyat untuk keluar di RTM kali ini lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak?

--beritasemasa.com
Dikuasakan oleh Blogger.