Header Ads

Mahathir mula bimbang Johor jatuh

Umno-BN terpaksa menggunakan mantan presidennya, Tun Dr Mahathir yang sudah luput untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) yang semakin popular di kalangan rakyat Johor menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

Mungkin kerana pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sanggup meninggalkan Ipoh Timor yang dimenangi dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 semata-mata mahu bertanding di Gelang Patah. Mungkin orang melihat ianya sebagai tindakan 'membunuh diri', tetapi dengan keyakinan yang begitu optimis pemimpin PR itu jelas memberi mimpi buruk buat pemimpin Umno-BN yang merasa selesa di kubu kuat mereka selama ini.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Mahathir semalam menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.

“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik,” kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di Johor Bahru.

Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.

Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003.

“Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal,” Dr Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak kelahiran Johor.

Penglibatan Mahathir yang pernah keluar daripada Umno itu dilihat menunjukkan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang begitu bimbang kubu kuat mereka bakal ditembusi PR.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dilihat akur dengan kekuatan PR di Johor apabila mahu menyekat kemaraan PR habis-habisan di Johor agar negeri kelahiran Umno itu tidak dirampas PR. Dalam masa yang sama kelihatan Umno semakin tertekan dengan sokongan rakyat yang semakin bertambah kepada PR menjelang PRU-13.
Dikuasakan oleh Blogger.