Header Ads

Parlimen bubar hari ini?

Najib beredar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 9.10 pagi tadi.

Hariankini.com -- Berita ini hanya berlaku di Malaysia apabila rakyat tertunggu-tunggu tarikh pilihanraya diadakan, apatah lagi parlimen dibubarkan. Ramai rakyat yang mempunyai urusan penting terpaksa ditunda sehingga tarikh pilihanraya yang hanya menjadi milik Perdana Menteri 1Malaysia diumumkan.

Sejak beberapa minggu lalu, ramai pemerhati politik membuat andaian dan ramalan berkaitan tarikh Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 namun semuanya tersasar. Kerana menjangka PRU kali ini adalah pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah, rakyat mula tidak sabar menunggu untuk melakukan pilihan mereka yang tepat agar tidak lagi melakukan kesilapan lalu memberi amanah kepada pemimpin yang hanya membolot kekayaan sesama mereka. Rakyat hanya dapat merasa RM500 sekali semenjak 55 tahun.

Namun hari ini dijangka menjadi tarikh keramat apabila diberitakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara. Menurut 'print screen' laman Twitter Pejabat Perdana Menteri yang tersebar di Facebook hari ini, Najib dilaporkan akan melakukan pengumuman penting pada jam 11.30 pagi ini di televisyen.

9.10 pagi tadi, dilaporkan Najib bergerak keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

--Hariankini.com
Dikuasakan oleh Blogger.