Header Ads

Cukai pintu di KL tetap dinaikkan

WarkahDaily – Cukai pintu bagi hartanah di Kuala Lumpur tetap dinaikkan walaupun berlaku bantahan terhadap pengumuman kenaikan itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kenaikan bakal bermula pada Januari tahun depan.

Namun, pemilik hartanah dibenarkan menangguh pembayaran sehingga keputusan muktamad dicapai oleh DBKL dengan penduduk bandara raya itu.

Menurut Tengku Adnan (gambar), pihak cukai berkenaan tetap dinaikkan walaupun penangguhan bayaran dibenarkan.

“Apa yang kami tangguhkan adalah pelaksanaan kerana 17 Disember semua bantahan akan diperoleh dan DBKL akan mendengar bantahan itu sekurang-kurangnya tiga bulan,” kata Tengku Adnan.

“Bulan 12 mula dengar. Mungkin cukai baru dikenakan dalam Januari. Kami kena ikut akta. Kami tidak buat apa-apa 21 tahun lalu,” katanya lagi.

Sebelum ini, Datuk J Loga Balan Mohan selaku timbalan menteri Wilayah Persekutuan menyebut DBKL akan menangguh cadangan kenaikan cukai taksiran itu ekoran bantahan daripada ahli parlimen dan pemilik bangunan di ibu negara.

Namun Tian Chua selaku ahli parlimen Batu, berkata biarpun kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan cukai itu tapi rakyat bandar raya itu perlu diingatkan ia hanya bersifat sementara.

--WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.