Header Ads

Desas-desus Ustaz Kazim ahli Umno terjawab, dilantik MT Umno

Warkahdaily -- Desas-desus tokoh agama terkenal dari utara tanahair Ustaz Mohammad Kazim Elias sebelum ini didakwa sebagai ahli Umno kini terjawab selepas beliau dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.

Walaupun sebelum ini beliau pernah mendakwa rasa menyesal menyokong PAS dalam ceramah di pentas Umno.

Tahun lepas, beliau dilaporkan telah menafikan dirinya menyokong UMNO ketika berceramah bersama pendakwah tersohor tanahair Ustaz Azhar Idrus di Manjoi, Perak.

Namun semalam nama beliau antara yang tersenarai sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik seperti yang diumumkan oleh setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di pejabatnya di Putrajaya.

Kazim antara sembilan orang yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.

Selain Kazim, lapan lagi yang dilantik sebagai MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.
Dikuasakan oleh Blogger.