Header Ads

Piala Asia 2015: Peluang Harimau Malaya semakin tertutup

WarkahDaily -- Peluang skuad Harimau Malaya semakin tertutup untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia secara automatik selepas tewas 0-1 kepada Qatar di Stadium Shah Alam semalam. Anak-anak buah Datuk K. Rajagopal bermula dengan garang di minit-minit awal babak pertama menerusi beberapa gerakan menarik namun benteng pertahanan pasukan pelawat terus utuh.

Kekentalan barisan pertahanan anak buah K. Rajagopal berjaya menghalang skuad Qatar menjaringkan gol awal di babak pertama.

Separuh masa kedua bermula, serangan bertali arus pelawat yang diketuai oleh pemain naturalisasinya dari Uruguay, Sebastia Soria membuahkan hasil di minit ke-65 apabila penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat yang terlalu cepat keluar dari kawasan gol, memberi pemain gatian Qatar, al-Ali menjaringkan gol hasil hantaran Soria untuk pasukan pelawat.

Menurut K. Rajagopal, anak buah masih lagi berpeluang untuk mara dalam perlawanan menentang Yaman Mac nanti.

“Lupakan keputusan dengan Qatar ini, kita masih ada nafas terakhir untuk diperjuangkan dalam perlawanan menentang yemen nanti,” kata Rajagopal.

Keputusan 0-1 telah meletakkan pasukan Qatar bersama Bahrain yang menang 1-0 dengan Harimau Malaya sebelum ini sebagai dua pasukan dari kumpulan D layak ke Australia. Bagi Harimau Malaya jika mahu layak, perlu mencatat kemenangan ke atas satu lagi pasukan dari kumpulan D, Yaman pada Mac nanti selain mengharapkan keajaiban mendapatkan slot pasukan tempat ketiga terbaik keseluruhan.

--WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.