Header Ads

Pihak yang bertanggungjawab memburuk-burukkan calon dalam pemilihan Ketua Pemuda

WarkahDaily -- Menurut laporan Sinar Harian Online, selepas diumumkan nama-nama calon yang akan bertanding dalam Muktamar PAS ke-59 nanti, dilaporkan muncul kempen memburuk-burukkan calon Ketua Pemuda PAS yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook. Namun ianya tidak diketahui siapakah individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Walau bagaimana pun, berdasar pemerhatian penulis WarkahDaily, situasi seolah ada cubaan untuk menggambarkan seolah-olah cara kempen berkenaan benar-benar wujud dalam pemilihan PAS kali ini.

Menurut Sinar lagi, individu yang tidak bertanggungawab itu cuba memperlihatkan beliau cuba menyokong calon yang dikatakan pro ulamak. Dalam masa yang sama ia memberi isyarat konon golongan penyokong pro ulamak ini menggunakan kempen kotor untuk memenangkan calon kesukaan mereka.

Individu berkenaan juga cuba menonjolkan konon beliau memilih calon Ketua Pemuda yang boleh menobatkan Islam di samping mereka memburuk-burukkan calon lain konon nanti akan menyingkirkan golongan agama daripada PAS dengan memberi contoh seperti Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Dato Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS atas sebab disiplin.

Namun apa yang melucukan, menurut laporan Sinar Harian, pemilik akaun laman sosial berkenaan turut memuat naik beberapa mesej berkaitan perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Nasarudin Mat Isa dan Hassan Ali. Padahal mereka yang sentiasa gila talak dengan kerajaan perpaduan ini adalah geng-geng Umno.

Menurut pemilik akaun facebook berkenaan lagi, jika kumpulan yang digelar beliau sebagai liberal ini berjaya menguasai parti, maka bagi beliau akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Nasarudin dan Hassan Ali.

"Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP...maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian,” kata pemilik akaun facebook yang tidak dikenali itu.

Berdasar status wall pemilik facebook berkenaan, jelaslah bagi kita rupa-rupanya agenda mereka adalah serupa parti Melayu yang sentiasa memomokkan agenda penyatuan Melayu selepas melihat parti mereka semakin hancur.

Beliau tanpa segan silu menggelarkan individu yang dipecat PAS kerana mengkhianati parti sebagai pejuang penyatuan Melayu Islam sambil mengambil agenda parti Melayu yang cuba merosakkan pemikiran orang Melayu konon PAS kuda tunggangan DAP.

Jadi jika kita percaya terhadap individu tidak bertanggungjawab yang mesra parti Melayu iti, maka berjaya dia untuk memburuk-buruk cara kempen dalam pemilihan PAS, memburuk-burukkan golongan agamawan dalam PAS dan juga cubaan untuk mengapi-apikan ahli-ahli PAS dengan tindakan kotor dan tidak bermoral itu.

Penulis WarkahDaily juga tidak menolak kemungkinan ada yang cuba menangguk di air keruh sebagai mengharapkan simpati dari perwakilan. Wallahu 'alam.

--WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.