Header Ads

Racun: Abbas desak Perancis dipanggil untuk siasatan kematian Arafat

RAMALLAH: Palestin meminta agensi siasatan antarabangsa menyiasat Perancis dalam kes kematian bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat.

Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas berkata, Perancis perlu dipanggil dalam siasatan kematian pemimpin itu.

“Kami menuntut siasatan antarabangsa dilakukan terhadap Perancis. Tindakan ini sama dilakukan ketika pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri yang bertujuan untuk mengenal pasti siapa lagi individu turut terlibat dalam kes pembunuhan terbabit,” katanya menurut Press TV.

Mahmoud membuat permintaan itu selepas Pihak Berkuasa Palestin menerima laporan ahli forensik Switzerland yang menyatakan terdapat kandungan tahap tinggi bahan radioaktif, racun polonium-120 di dalam badan Arafat dua minggu lalu.

Sebelum ini, panel penyiasatan Palestin menamakan Israel sebagai suspek utama dalam kes kematian itu.

Sinar Harian
Dikuasakan oleh Blogger.