Header Ads

Sehingga September 16,306 orang diisytihar bankrap

WarkahDaily -- Tahun ini sehingga September, seramai 16,306 orang diisytiharkan bankrap. Jumlah diisytiharkan bankrap dikatakan meningkat saban tahun. Golongan pertengahan dilaporkan golongan tertinggi diisytihar bankrap setiap hari di negara ini.

"Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri di sidang media pada Oktober lepas.

Menurut Nancy, golongan berumur 35 hingga 44 tahun menjadi kumpulan tertinggi diisytihar bankrap iaitu seramai 60 orang atau 34.31% dalam sehari.

Manakala kumpulan berumur 45 hingga 54 tahun mencatat kedua tertinggi iaitu 26.49% diisytiharkan bankrap. Bagi golongan muda berumur antara 25 hingga 34 tahun mencatat 20.09% diisytiharkan bankrap.

Golongan berumur 55 tahun dan ke atas 11.77%.
Dikuasakan oleh Blogger.