Header Ads

Suhaizan dan Khalil gandingan baru Pemuda PAS Malaysia

Gandingan mantap Pemuda PAS Malaysia
WarkahDaily -- Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendapat ketua baru Suhaizan Kaiat bagi sesi pemilihan 2013-2015 dalam Muktamar baru-baru ini. Suhaizan terpilih selepas mendapat 320 undi. Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad (304 undi) dan Zulhazmi Sharif mendapat 7 undi sahaja.

Sementara gandingan beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi menyandang jawatan Timbalan Ketua dengan mendapat undian 355 undi. Pencabar lain bagi jawatan nombor dua pemuda itu ialah Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dengan mendapat 282 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua, Ir Khairil Nizam Khirudin terpilih selepas mendapat 411 undi manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.

Ahli-ahli Jawatankuasa pemuda yang terpilih ialah:

1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)

--WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.