Header Ads

Tok Guru nikmati makanan di restoran bersama isteri

WarkahDaily -- Dunia bukanlah tempat untuk bermegah walaupun ia berhak menikmatinya. Namun kelibat sosok empunya badan berjiwa rakyat tetap dengan gaya tersendiri menikmati juadah makan tengah hari di sebuah restoran sepertimana rakyat di bawahnya turut merasa.

Kelihatan pemimpin berjiwa rakyat sedang menikmati hidangan di sebuah restoran tanpa ada pengawal peribadi mengiringi beliau serta isteri. Mantan MB Kelantan YB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bersama isteri, YM Datin Tuan Hajah Sabariah sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran di Shah Alam hari ini.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS bersama isteri datang ke Shah Alam bagi persediaan mengikuti Muktamar Tahunan PAS yang akan membuka tirai esok.

--WarkahDaily

Dikuasakan oleh Blogger.