Header Ads

Bajet 2014: Pulau Pinang berjaya kurangkan defisit berbanding tahun lepas

Kerajaan Pulau Pinang membentangkan bajet defisit tetapi angka tersebut kurang daripada jumlah bajet 2013, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim berkata pada 2014, kerajaan telah mengurangkan angka defisit daripada RM262.04 juta pada 2013 kepada RM255.44 juta pada 2014.

Beliau memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bahawa ia kerana anggaran perbelanjaan mengurus untuk 2014 adalah RM843.20 juta, lebih rendah daripada jumlah bagi 2013, iaitu RM970.56 juta.

Menurutnya ia disebabkan oleh pengurangan dalam pemindahan dana kepada Tabung Kewangan Pembangunan Negeri sebanyak RM120 juta berbanding RM200 juta bagi 2013.

Lim berkata, perbelanjaan sebanyak RM188.9 juta berbanding RM306 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang untuk skim rumah mampu milik pada 2013.Lim berkata peruntukan untuk bantuan sosial di negeri itu dan program kesejahteraan program rakyat (antaranya untuk warga emas, keperluan khas individu dan pelajar, ibu tunggal dan guru tadika negeri yang dibiayai) telah meningkat.

Selain itu, katanya, terdapat juga kenaikan dalam peruntukan lain, termasuk untuk penyenggaraan rumah kos rendah, elaun pegawai masjid, pendidikan dan bantuan kebajikan, institusi pengajian tinggi, yuran kesihatan, yuran bas percuma, pemandu teksi dan nelayan serta bantuan kewangan lain.Peruntukan ini meningkat daripada RM75.0 juta pada 2013 kepada RM111.47 juta bagi 2014.

Sumber: Malaysiakini.com
Dikuasakan oleh Blogger.