Header Ads

Bekas calon PAS Datuk Haji Fauzi meninggal dunia

WarkahDaily -- Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Haji Fauzi Shaari, 63 telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang, semalam.

Allahyarham yang juga bekas calon PAS di Parlimen Larut pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 meninggal dunia kira-kira jam 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada Rabu akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan seorang balu Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Ketika berkhidmat dalam PDRM, allahyarham pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.

Setelah bersara dari polis, allahyarham Datuk Haji Fauzi telah menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun Mei 2012.

Jenazah allahyarham dijangka akan dikebumikan pada hari ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

--WarkahDaily

Dikuasakan oleh Blogger.