Header Ads

Bekas Perdana Menteri dipecat daripada parlimen kerana tipu cukai

Bekas Perdana Menteri Silvio Berlosconi dipecat serta merta daripada parlimen selepas didapati bersalah dalam skandal penipuan cukai.

Keputusan diputuskan hasil undian senat bagi menentukan kedudukan pemimpin kontroversi berusia 77 tahun itu.Tambah perit, Berlosconi turut dilarang daripada menyertai pilihan raya dan menjawat sebarang jawatan politik dalam tempoh enam tahun.

Keputusan senat itu dibuat berdasarkan pindaan Akta pada 2012 yang menghalang individu yang dijatuhi hukuman penjara lebih daripada dua tahun untuk bertanding dalam pilihan raya.

Mahkamah tinggi Itali pada satu Ogos lalu mendapati Berlosconi bersalah atas tuduhan menipu cukai dan dijatuhi hukuman empat tahun penjara.

Bagi penentang Berlosconi keputusan senat itu dianggap satu kemenangan dalam usaha mereka menghalang pemimpin penuh skandal itu daripada kembali berkuasa.

Astroawani.com
Dikuasakan oleh Blogger.