Header Ads

Jimat minyak dengan cara menyemak tekanan tayar kenderaan anda

Tahukah anda bahawa dengan sentiasa memeriksa tekanan tayar anda akan menjimatkan penggunakan bahan api bulanan bagi kereta anda?

Sekali seminggu sudah memadai.Kami bawakan satu nukilan daripada CarBibles di mana penulis berkongsi penelitiannya mengenai tajuk ini. Nukilan penulis tersebut kami rumuskan seperti berikut:

Tekanan tayar dan mileage

Penulis telah menggunakan sebuah Subaru dan setiap kali dihantar ke bengkel tayar, Subaru tersebut dikembalikan dengan tayar yang dipam sehingga 40psi , walaupun Subaru mengesyorkan tekanan tayar ialah 32psi di depan dan 28psi bagi tayar belakang. Jadi, penulis akan sentiasa terpaksa mengeluarkan kembali udara untuk mendapatkan nilai-nilai tersebut.

Akhirnya , setelah beberapa kali mendapati bunga tayar haus tidak sekata, penulis bertanya kepada salah seorang mekanik mengapa mereka sentiasa akan mengepam lebih.

Setelah mendapat satu penjelasan teknikal yang panjang, penulis difahamkan bahawa Subaru adalah salah satu daripada pengeluar kereta yang tidak pernah benar-benar menyelaraskan tekanan tayar yang disyorkan sejajar dengan teknologi baru. Seolah-olah bahawa nombor yang mereka masukkan ke dalam manual dan pelekat pintu panel adalah sedikit ketinggalan zaman.

Sekembalinya dari bengkel tersebut, penulis mengepam kesemua tayar depan dan belakang setinggi 40psi, seperti apa yang dilakukan oleh bengkel tersebut , dan membuat kajiannya sendiri. Hasilnya, seperti yang anda semua boleh agak, ia menyebabkan pemanduannya lebih keras, dan tidak berapa selesa . Disebalik itu, masalah kehausan tayar yang tidak sekata sebelum ini telah hilang, dan ekonomi bahan apinya telah berubah daripada 15.7mpg (14.99L/100km) kepada 20.32mpg (11.57 L/100km) dalam bandar.

Secara rasminya, Subaru mengatakan bahawa ekonomi bahan api kereta tersebut ialah 21mpg (bandar ) dan 27mpg ( lebuh raya ), dan dengan mengubah tekanan tayar (tidak sepadan seperti apa yang terpapar di pelekat panel tepi) , penulis telah hampir berjaya mendapatkan angka yang dikatakan oleh Subaru.

Kesimpulannya ? Ia membuktikan bahawa tekanan tayar sememangnya berkait dengan ekonomi bahan api kereta anda. Penulis juga mengatakan bahawa dia telah mendapat 50 batu tambahan dengan setiap isian minyak penuh.

Terus terang saya nyatakan, bahawa mekanik tayar saya pernah mengatakan benda yang hampir sama, iaitu mencadangkan bahawa kempat-empat tayar Satria Neo saya perlu diisi pada 30psi. Proton pula mengesyorkan tekanan tayar hadapan dipam sehingga 31psi dan tayar belakang pula 29psi.

Menurut mekanik tersebut, tekanan keempat-empat tayar kereta tidak sepatutnya berbeza. Hasilnya? Malangnya, dari segi ekonomi bahan api, saya tidaklah pula betul-betul menelitinya, tetapi memang betul ia dapat mengurangkan kadar haus tayar, yang menyebabkan tayar tersebut tahan lebih lama.Setakat ini, saya masih belum pasti apakah tekanan yang sesuai untuk kereta saya.

Apakah tekanan paling sesuai?

Tiada data. Tanyalah sepuluh pemilik kereta yang sama, pasti anda akan mendapat sepuluh jawapan yang berbeza. Secara kasarnya, ia bergantung kepada cara anda memandu, saiz roda, jenis tayar, keutamaan Ride & Handling anda.

Mungkin ada yang suka pemanduan yang keras, ada yang akan pilih pemanduan yang selesa. Apa pun, angka yang tertera di tepi panel pintu anda boleh dijadikan titik permulaan bagi kajian anda.

Teori Tekanan Maksimum-10 %.

Setiap tayar mempunyai tekanan inflasi maksimum yang tertera di tepi tayar. Ini adalah tekanan maksimum selamat yang boleh dicapai dengan beban. Tapi ingat, ia bukanlah tekanan yang anda patut isi ya.

Penulis menjelaskan bahawa dia telah mengabaikan pengesyoran tekanan tayar oleh pengeluar kereta dan menggunakan teori tekanan maksimum-10 %.

Menurut forum-forum di internet, dikatakan anda boleh mendapatkan prestasi terbaik dengan menaikkan isian tekanan tayar anda kepada 10% kurang daripada tekanan maksimum yang disyorkan mereka.

Menurut penulis, ia seolah-olah memberikan satu titik permulaan yang lebih baik untuk menyesuaikan tekanan tayar. Seperti Subaru Imprezanya , tekanan maksimum pada tayar Yokohamanya 44psi . 10% daripada itu adalah 4.4 , jadi 44-4.4 = 39.6psi iaitu kira-kira hampir sama dengan isian 40psi seperti yang diceritakan awal tadi.

Alternatif lain – Jangan kacau langsung tekanan tayar anda

Meningkatkan tekanan boleh memanjangkan hayat tayar kerana terdapatnya kurang sentuhan/geseran (contact) getah dengan jalan raya, dan tayar menjadi lebih keras (kerana isian angin yang lebih) menjadikannya kurang cepat panas yang sekali gus memberikan ekonomi bahan api yang lebih mantap.

Menaikkan atau menurunkan tekanan tayar terlalu banyak daripada apa yang  disyorkan pengeluar boleh menjadikan kenderaan kurang selamat (kurang cengkaman ke atas jalan), dan menjadikan kenderaan anda tidak berapa selesa.

Cubalah menaikkannya sedikit demi sedikit, dan teliti hasilnya. Bagaimana? Bersemangat untuk mencuba Teori Tekanan Maksimum Tayar -10%? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah. Jumpa lagi di nukilan info yang lain.

Sumber: Arenakereta.com

Dikuasakan oleh Blogger.