Header Ads

Mahfuz: Saya lihat Zahid sudah hilang waras

WarkahDaily -- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat cuba menjadi hero apabila terburu-buru membuat tuduhan melulu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kononnya mengamalkan ajaran Syiah.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, tindakan Zahid disifatkan hilang kredibilitinya sebagai menteri apabila cuba melaga-lagakan umat Islam di negara ini tanpa sebarang bukti kukuh sepertimana dilakukan oleh agenda zionis di luar negara.

"Saya melihat Zahid sudah hilang kewarasannya serta kredibiliti beliau sebagai menteri dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS mengamalkan ajaran Syiah.

"Tindakan tersebut juga tidak ubah sepertimana dilakukan oleh zionis yang memperbesarkan isu Syiah diperingkat antarabangsa dengan tujuan untuk memecah belah umat Islam," jelas Mahfuz.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno telah membuat tuduhan melulu terhadap Timbalan Presiden PAS itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC pada Sabtu lepas.

Namun pemimpin nombor dua PAS yang mesra dengan panggilan Mat Sabu itu telah menyanggah keras tuduhan tidak berasas Zahid sambil memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dibuat Zahid.
Dikuasakan oleh Blogger.