Header Ads

Operasi percuma Windows 8.1 Preview ditamatkan pada Januari 2014

WarkahDaily – Lesen percubaan secara percuma sistem operasi Windows 8.1 Preview akan ditamatkan penggunaannya di seluruh dunia menjelang Januari 2014.

Menurut pihak Windows, sistem operasi terbarunya yang turut dikenali Windows Blue itu merupakan pra-tonton kepada pengguna bagi membuat penilaian dan perbandingan terhadap perubahan yang dilakukan terhadap Windows 8.1 berbanding Windows 8.

Ia dilakukan bagi mendapat maklum balas pengguna yang banyak mengadu penggunaan Windows 8 tidak mempunyai gerak hati atau mesra pengguna berbanding versi Windows sebelum itu.

Walau bagaimanapun, sistem operasi pra-tonton Windows versi baru juga dikenali Windows Blue yang boleh dimuat turun secara percuma itu masih boleh beroperasi secara percuma apabila pengguna komputer hanya menggunakannya secara offline.

Namun, pengguna komputer yang masih kekal dengan versi percubaan Windows Blue itu akan menerima pesanan dari Microsoft untuk menaik taraf kepada versi Windows 8.1 versi penuh atau Windows RT 8.1 sebelum berakhirnya Januari tahun depan.

Menurut staf Microsoft, Kathleen Molosky bahawa proses menaik taraf itu perlu bagi mengelak gangguan terhadap sistem operasi Windows versi terbaru itu ketika komputer mahu dihidupkan.

Versi pra-tonton secara percuma itu telah dilepaskan untuk pengguna Windows pada 26 Jun di San Francisco.

--WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.